BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Maajun Allin's

Maajun Allin's

Konsep & Tindakbalas Maajun

.1. Haid mungkin menjadi banyak dan berwarna hitam. Ada juga haid datang 2 kali dalam masa sebulan. Janganlah khuatir kerana ini adalah di sebabkan oleh proses penyikiran darah kotor dan toksin yang berlebihan di dalam badan dengan pengeluran haid yang banyak, proses ini tidak mengambil tempoh masa yang lama cuma 2 hingga 4 bulan sahaja bergantung kepada tahap ketahanan badan seseorang itu.

2. Sesetengah orang juga mengalami sakit pingang. Ini disebabkan oleh pengeluaran haid yang banyak. Tidak perlu merasa khuatir terusakan pemakanan maajun ini insyallah kesakitan ini tidak akan berlanjutan kerana selepas habis proses penyikiran bahan toksin di dalam badan, badan anda akan menjadi sihat, ringan dan bertenaga.

3. Sekiranya anda berasa panas badan adalah di galakkan supaya meminun air lebih untuk mengurangkan panas badan anda

Melambatkan Monopaus/Mengembalikan Period Bagi Orang Yang Telah Monopaus

Dengan mengamalkan Maajun Allin’s, anda tidak akan monopaus di usia yang terlalu awal aiatu sekitar 40an. Biasanya hormon kewanitaan dikeluarkan oleh otak kita dengan aktif pada usia remaja sehinggalah sekitar usia 30an, disebabkan faktor usia, stress dan tekanan hidup, otak kita menjadi kurang berkupayaan merembeskan hormon tersebut untuk badan, jika masalah ini tidak diatasi dengan baik kita menjadi cepat tua dan akhirnya mempercepatkan monopaus. Keadaan ini akan menimbulkan kesan yang tidak baik dalam hubungan rumahtangga. Hubungan seksual juga menjadi tidak harmoni. InsyaAllah dengan mengamalkan Maajun ini masalah tersebut dapat di atasi dengan baik

Maajun Untuk Ikhtiar Anak

Biasanya orang yang mempunyai masalah period/senggugut adalah sukar untuk mengandung. berkemungkinan orang seperti ini mempunyai masalah dalaman pada peranakan seperti terdapatnya blocking pada peranakan seperti period tak keluar habis/keputihan. Keadaan seperti ini akan menghalang perjalanan sperma lelaki menuju ke rahim untuk bercantum dengan benih perempuan. Dengan mengamalkan Maajun ini, ianya mengeluarkan blocking tersebut supaya perjalanan sperma menjadi lancar. Dengan itu proses penghamilan akan lancar.

Sesuai Untuk Perempuan Berumur/Warga Emas

Maajun ini bukan sahaja untuk wanita muda malah ianya sesuai kepada waita yang berumur 50an ke atas. Bagi golongan berumur/warga emas ianya tidak dapat mengembalikan period lagi, cuma hanya boleh mendapat khasiat2nya seperti melancarkan peredaran darah, memberi tenaga, lawas, menghilangkan kebas2 dan sebagainya.

Bahagian Peranakan

Ia akan mencairkan lemak/kolestrol/toksin dalam darah. Maajun ini bertindak mencairkan darah period lama, nifas lama yang tidak keluar habis semasa tempoh berperiod/berpantang (bagi yang bersalin). Darah ini biasanya berwarna hitam/coklat.

Banyaknya darah yang keluar adalah bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing. Jika anda sudah lama tidak berperiod/period pendek bermakna banyaklah darah kotor yang disimpan dalam peranakan tersebut. Pada peringkat ini,anda akan didatangi kekerapan period yang tidak menentu kerana Maajun ini sedang merawat peranakan anda.


Memecahkan lemak / Kolestrol /toksin

Selepas selesai tempoh itu, anda akan melalui peringkat keserasian dengan Maajun. Pada tahap ini, period akan kembali normal, maksudnya apabila habis saja 21 biji, besoknya period akan datang. Pada tahap ini, Maajun sudah serasi dengan anda kerana proses rawatan sudah selesai..Selain dari darah kotor seperti di atas, lemak/kolestrol/toksin dalam badan/darah akan dipecahkan dan dibuang bersama najis air besar. Pada masa ini anda akan mengalami kekerapan membuang air besar dan melepaskan angin (kentut).

Darah period yang lama ini seharusnya dikeluarkan kerana ianya memberi implikasi kepada anda dalam jangka masa panjang. Antara risikonya ialah terdedah kepada fibroid/cyst/barah pangkal rahim. Jika darah lama ini dapat dikeluarkan insyaAllah risiko kepada penyakit tersebut adalah rendah. Dengan kata lain, Maajun ini adalah satu ikhtiar utk mengelakkan kemunculan penyakit tersebut.

Sebagai makluman, Maajun ini bukanlah hanya semata-mata untuk family planning sahaja, malah ia boleh dikatakan ubat pelbagai guna (multi-purpose). Pada umumnya Maajun ini mempunyai khasiat-khasiatnya yang tersendiri berguna untuk kesihatan dalaman fizikal wanita.

Setiap usaha itu perlu ada kesungguhan untuk mencapai tahap kejayaan yang diinginkan...